Sedang seronok-seronok membeli belah,tetiba bayi
menangis-nangis minta disusukan.Alamak macam mana ni? Takkan la nak menyusukan
bayi di tempat awam pulak kan?
Teringat pengalaman pertama kali menyusukan Atiqah
Ketika di Jaya Jusco Permas
Jaya Sebenarnya sebelum
tu, saya dah pun menyusukan Atiqah ketika di dalam kereta. Ketika itu,saya
bersama adik perempuan saya,kami tengah syok-syok berjalan-jalan,tiba-tiba
Atiqah dah mula mencari-cari “sesuatu”.
Mula-mula volume suaranya
perlahan sahaja,dan bila dia dah maksimumkan suaranya.Saya dah mula menggelabah.
Ketika itu,saya terpandang restoran dan terus masuk ke dalamnya . Saya mencari meja yang agak
tersorok .Nasib baik ketika saya membawa kain lampin,kain lampin tersebut saya
jadikan sebagai “cover” ketika itu dan adik perempuan saya turut jadi
perlindung di bahagian sisi saya.
Tetapi kini,dengan pelbagai kemudahan tempat
menyusu,aksesori menyusu yang dicipta khas untuk ibu-ibu menyusu memudahkan
ibu-ibu.Apa yang penting,ibu-ibu tetap menjaga maruah diri tanpa perlu
menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak ramai ketika menyusukan
bayi.
4 Tips Menyusu Ditempat Awam
1. Yakin diri dan
Ibu-ibu
usah ragu-ragu dan berkeyakinan untuk melakukan penyusuan di tempat awam.
Sebelum itu,seharusnya ibu-ibu telah berlatih di rumah bagi memudahkan ibu
melakukan penyusuan di tempat awam apabila keaadaan terdesak nanti. Rumah
adalah tempat terbaik untuk anda membuat latihan, berlatih dihadapan
cermin,cuba cara yang paling minima bukaannya
Pastikan
aurat sentiasa tertutup sepanjang penyusuan. Apabila telah mendapat posisi yang betul dan ibu rasa selesa dengan posisi
tersebut, maka jika bayi menangis di tempat awam, ibu tahu bagaimana untuk
menguruskan situasi yang berlaku bila menyusukan bayi.
2.
Pakaian khusus / Pakaian yang sesuai
Sekarang telah
banyak pakaian-pakaian khas untuk ibu menyusu.jadi ibu-ibu boleh memilih yang
sesuai untuk digunakan. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk
menyusukan bayi anda. Selain itu,ibu-ibu
juga boleh memakai shawl dan tudung yang agak labuh sedikit bagi melindungi
bahagian dada.
Terdapat juga pelindung penyusuan (nursing cover) yang
cantik-cantik yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Atau anda juga
boleh juga cara yang lebih menjimatkan dengan menggunakan shawl sediada atau
lampin bayi untuk dijadikan perlindung.
3. Pilih tempat yang sesuai
Banyak pusat membeli belah di
negara ini mempunyai bilik khas menyusu. Namun sekiranya tiada bilik khas untuk
menyusu, cuba cari fitting
room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang
agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda
menyusukan bayi.Sebolehnya carilah ruang yang agak tersorok daripada orang ramai.
4. Bantuan
Jika
tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, minta suami atau pihak ketiga menjadi
'dinding' atau mengepung anda sementara
saat penyusuan berjalan. Atau letakkan bag atau barang-barang lain disebelah
anda sebagai pelindung.
Jadi,
ibu-ibu buangkan rasa gusar atau risau dalam hati. Yang paling penting niat
kita untuk menyusukan anak di tempat awam sebab bayi lapar dan satu-satunya
makanan bayi ialah susu ibu.Bukannya sebab hendak buat pertunjukkan ataupun
menunjuk-nunjuk.
Semoga tips ini berguna untuk kita semua,terutamanya kepada yang pertama kali bergelar ibu. Saya amat gembira sekiranya,ada ibu-ibu yang ingin berkongsi kisah penyusuan mereka.bolehla kita sama-sama belajar dari pengalaman orang lain pula.
Jangan malu-malu untuk bertanya,saya sedia membantu
Shaklee ID : 924725
Page : MamaDvitaminShoppe
COD Area : Masai - Pasir Gudang - Johor Jaya - Johor Bahru
0 ulasan