Tanda-tanda Bayi Cukup Susu Ibu

Ramai ibu-ibu yang menyatakan kerisauan, jika bayi mereka tidak mendapat susu ibu secukupnya. Iyalahkan, bayi yang minum susu ibu ni, kita tak boleh berapa banyak yang diminumnya.

Jadi, macam mana ibu-ibu nak pastikan bayi-bayi kita mendapat susu ibu secukupnya.



Kenali Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Yang Cukup 


1. Bayi kerap menyusu.
Lazimnya, sepanjang minggu pertama kelahiran bayi akan mienyusu 8 hingga 15 kali sehari dengan lekapan penyusuan yang betul

2. Kerap kencing.
Kebiasaannya selepas 2-3 hari dilahirkan, bilangan lampin basah untuk bayi paling minimum 6 kali sehari. Selain itu, ibu-ibu juga boleh perhatikan melalui air kencing bayi. Bayi yang mendapat cukup susu ibu air kencing seharusnya berwarna kuning pucat dan tidak berbau.

3. Najis bayi
Najis bayi yang baru lahir akan berwarna gelap dan melekit dalam beberapa hari pertama. Selepas seminggu najis akan berubah menjadi kuning,lembut dan tidak berketul-ketul.

4. Pertambahan berat badan bayi.
Bayi mengalami kecenderungan penurunan berat badan sekitar 5% - 10 % daripada berat semasa lahir untuk tempoh beberapa hari pertama. Walaubagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas ity. Biasanya pada hari ke 10 dan 20, jururawat akan datang menimbang dan memantau berat badan bayi.

5. Apabila menyusui, ibu-ibu boleh melihat dan mendengar seakan menelan. Bayi turut akan tenang selepas penyusuan dan biasanya bayi akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara.

6. Payudara akan menjadi lembut setelah selesai sesi penyusuan.

7. Kulit tegang dan memantul semula apabila dicubit.





You Might Also Like

0 ulasan